Sunday, November 4, 2012

Pembaca: Kenyataan Hadi hanya 'pemanas' suhu politik

SHAH ALAM - Kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan mencetuskan satu polemik baru dalam arena politik negara mutakhir ini – mengundang pelbagai reaksi – antara lain kata “pemanas suhu politik” dan “mainan politik.”

Abdul Hadi mengejutkan banyak pihak apabila menyatakan beliau sedia untuk dicalonkan sebagai lawan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional bagi merebut kerusi Parlimen Pekan yang disandang pemimpin nombor satu negara itu sejak 1976 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Pelbagai pihak mula memberikan reaksi balas berhubung kenyataan Abdul Hadi itu.

Di pihak pembangkang, ada yang menyambut baik namun mengesahkan perkara itu belum dibincangkan di peringkat Pusat.

Sementara bagi pimpinan Umno-BN, mereka merasakan kenyataan Abdul Hadi hanya mainan politik pemimpin Pas itu dan jika benar, beliau hanya menjerat lehernya sendiri untuk bertanding di kawasan kubu kuat Umno-Barisan Nasional itu.

Sinar Harian Online sejak pagi ini meminta pandangan pembaca yang singgah ke portal kami untuk memberikan pendapat mereka berhubung kesediaan mantan Menteri Besar Terengganu itu mencabar Najib di Pekan.

Antara pandangan yang kami terima ialah dari pembaca Khairulamir Sulaiman yang berkata, "semua orang tahu Pekan kawasan tradisi Najib walaupun hampir kalah 1999 dulu.”

“Peluang Haji Hadi jika ke Pekan agak sedikit.Mungkin sekitar 35% saja untuk menang. Sama seperti Najib jika ke Marang. Najib pasti akan kalah jika masuk kubu Haji Hadi.

“Aku rasa ini hanya 'pemanas' suhu politik Malaysia saja. Jika kedua-duanya setuju untuk bertembung mungkin Parlimen Kemaman sesuai. Terletak di tengah-tengah antara Pekan dan Marang... dan peluang kedua-duanya juga seimbang,” katanya.

selengkapnya  

No comments:

Post a Comment