Ramai
yg menyokong kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hj.Hadi Awang untuk
berlawan dgn PM Najib Razak di Parlimen Pekan pada PRU-13 ini. Namun
bagi CMK, suara Hj.Hadi lebih sesuai berada di parlimen menerusi menang
dlm PRU dan bukannya dilantik menjadi "Senator" akibat kalah kepada
Najib. Pekan kini kerusi selesa utk Najib bila beribu2 pengundi baru yg
diragui (terutamanya warga Kemboja) telah mula mendiami kawasan Pekan
untuk memastikan kemenangan mutlak Najib. Itu belum termasuk kem batu 10
di Kuantan yg dimasukkan oleh SPR ke Parlimen Pekan. Maknanya, belum
bertanding pun Najib sudah ada aset melebihi 20,000 pengundi. Eloklah
Hj.Hadi menang di Marang dr menjerat diri di Pekan. Bayangkan jika
Pakatan Rakyat menang PRU-13, bukankah aneh bila Presiden PAS tewas...
Biarkanlah Najib menang di Pekan untuk bersiap siaga jadi Ketua
Pembangkang di Parlimen selepas PRU-13 ini nanti. Apa pun ini sekadar
pandangan ikhlas CMK.. so apa komen? —
No comments:
Post a Comment