Susan Loone
Selain
juruukur kuantiti berusia 27 tahun, Ahmad Abd Jalil yang ditahan polis
pada malam Jumaat kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook,
mungkin ramai lagi akan ditahan dalam masa beberapa hari ini.
Difahamkan polis sedang memburu lebih ramai individu yang dikaitkan dengan pos di facebook itu.
"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai akan ditahan dalam
beberapa hari ini," kata peguam Ahmad - Mohd Zakwan Adenan kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, polis pada mulanya memohon tahanan reman selama tujuh hari, tetapi majistret mengurangkannya kepada tiga hari.
"Ia bagi polis untuk mengumpul saksi dan bukti dan menjalankan siasatan yang perlu," kata Mohd Zakwan.
Mohd
Zakwan berkata Ahmad akan dibawa ke mahkamah esok, tetapi sehingga itu,
beliau tidak tahu tuduhan terhadapnya dan kenyataan mana yang didakwa
menghina sultan.
Ahmad
ditahan di Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Johor pada malam yang sama
selepas ditahan oleh sekurang-kurangnya 10 anggota polis yang datang ke
pejabatnya di Cheras di sekitar jam 10 malam.
Anggota
polis tersebut, yang menaiki tiga kenderaan yang berbeza, dan dari tiga
balai polis yang berlainan di Johor, kemudian membawa Ahmad ke balai
polis Wangsa Maju untuk disoal siasat, kata Mohd Zakwan.
No comments:
Post a Comment