SINGAPURA 27 NOV: Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup
menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim
Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.
Apoline
Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon,
berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting
itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.
“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah
dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia
bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.
Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk
menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan
pihak lain dalam skandal Scorpene.
Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli
parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel
Changi, Singapura tengah hari ini.
Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi
dihalang Speaker Dewan Rakyat tanpa sebarang alasan munasabah.
Apoline
terlibat dalam siasatan kes skandal Scorpene di Karachi, Pakistan yang
dikaitkan dengan beberapa pembunuhan jurutera Perancis.
Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut
‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu
adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang
diberi Suaram.

No comments:
Post a Comment