kerengga
Semakin
hampir PRU Ke-13, semakin menyerlah kebangkitan PAS Johor, negeri
Muhyiddin Yassin yang bersungguh-sungguh untuk menentang PAS
habis-habisan.
Laporan
terkini memberi khabar gembira hampir setiap hari iaitu bertambahnya
sokongan rakyat kepada PAS/Pakatan Rakyat Johor, negeri yang digahkan
sebagai kubu kuat Umno selama ini.
Sabtu, 1
Disember ini akan diadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor di Dataran
Rakyat Parit Saleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat dari jam 3.00 petang
hingga 12.00 malam. Dijangkakan puluhan ribu orang akan membanjiri
Dataran Rakyat itu untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi Pakatan
Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Haji Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Pakatan negeri
Johor.
Himpunan
Rakyat ini dijangka akan menyerlahkan sekali lagi gelombang kebangkitan
rakyat Johor dalam usaha untuk menukarkan kerajaan Umno/BN yang
memerintah lebih suku abad kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Seperti
yang saya katakan dulu bahawa tsunami politik Malaysia dijangka akan
bermula dari negeri paling selatan, iaitu negeri Johor, kemudian akan
melimpah ke negeri lain, khususnya Negeri Sembilan, dengan negeri Melaka
juga dijangka akan mengalami perubahan.
Perkembangan
di negeri Johor ini sangat luar biasa, di mana sebuah negeri yang
selama ini menjadi benteng pertahanan Umno kelihatan telah bertukar
wajah dengan mood rakyat yang mahukan perubahan disebabkan pelbagai isu
besar dan kecil.
Antaranya,
pengambilan tanah rakyat, pembangunan yang tidak menguntungkan rakyat
tempatan, harga barangan yang melambung naik, yang tidak mampu
ditanggung oleh rakyat tempatan, harga rumah yang tidak mampu dibeli
oleh rakyat, sementara rumah sewa juga begitu mahal.
Bagi
rakyat Johor, seperti yang saya tinjau beberapa kali di Muar, Batu
Pahat, Segamat, Simpang Renggam, Labis, Gelang Patah Kota Tinggi, Endau,
Mersing, dan sekitar Johor Bahru, keluh kesah mereka semakin meningkat,
terutamanya harga barang keperluan harian yang melambung. Setiap hari
mereka seolah-olah ‘bertanding’ daya beli dengan pembeli dari Singapura
yang mempunyai dollar bernilai tinggi.
Ini
bukan saja dirasai oleh penduduk sekitar Johor Bahru, bahkan sampai ke
Gelang Patah, malah sampai ke Air Hitam dan daerah yang lebih jauh.
Penduduk
tidak melihat ada sebarang usaha konkrit dari kerajaan Umno/BN negeri
Johor untuk menyelesaikan masalah rakyat, dalam masa yang sama pemimpin
politik yang berkuasa hidup bermewah-mewah.
Dalam
suasana baru di negeri Johor, jika sesiapa yang datang ke negeri itu
akan mendapati bendera PAS dan Pakatan Rakyat ada di mana-mana, malah
hingga di ceruk kampung yang selama ini diketahui sebagai ‘lubuk Umno’.
Dalam masa yang sama markas PAS besar dan kecil kelihatan begitu rancak
dengan pelbagai kegitan parti siang dan malam.
Mereka
benar-benar telah bersiap untuk menghadapi PRU akan datang, untuk
menunjukkan PAS/Pakatan Rakyat negeri Johor mampu membuat perubahan.
Oleh itu
tidak memeranjatkan apabila membaca analisis Pusat Penyelidikan PAS
(PPP) terhadap kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh
kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang
diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang
untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.
Menurut
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Masduki,
meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai fix deposit Barisan
Nasional (BN) dan kubu kuat Umno, beberapa penemuan hasil daripada
kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberangsangkan.
Beliau
berkata demikian dalam satu kenyataannya baru-baru ini. Beliau mengulas
kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam
pilihan raya akan datang.
PPP,
kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah
sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi Melayu di
samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri
tersebut.
Pola sokongan pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.
Berdasarkan
analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26
kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi
BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.
Kerusi-kerusi
DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh
Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai
Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja,
Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor
Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.
"Bagaimanapun
kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di
kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung
Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR,"
tambah beliau.
Menurut
pendapat saya, apa yang penting sekarang ini bagi PAS/Pakatan Rakyat
Johor ialah mengekalkan momentum sokongan rakyat yang ada sekarang,
bahkan meningkatkannya dan jangan sekali-sekali membuat sebarang
kesilapan. Over-confidence juga tidak baik.
Saya yakin pimpinan PAS/Pakatan Rakyat Johor mampu membuat kejutan dalam PRU akan datang ini.
No comments:
Post a Comment