(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 2 November: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir
tidak peduli nasib penduduk Pulau Kuala Sangga, Kuala Sepetang yang
terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan seharian akibat ketiadaan
bekalan air dan elektrik.
Menurut
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng,
kesengsaraan itu dialami penduduk sejak negara mencapai kemerdekaan.
“Kita menggesa agar Kerajaan Perak menepati janji slogan dasar
kebajikan negeri ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’, dengan
membekalkan air dan elektrik kepada para penghuni yang masih terseksa
dalam kehidupan harian mereka sejak 55 tahun lalu,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Kehidupan tanpa kedua-dua kemudahan asas ini tidak mudah difahami
oleh orang bandar yang menikmati segala kemudahan asas dalam zaman moden
ini,” sambung beliau.
No comments:
Post a Comment