myMetro 3 Dis 2012
PELABUHAN KLANG: Seramai 105 wanita warga asing bukan saja dikurung,
malah turut dipaksa makan kertas surat khabar selain tidak dibayar gaji
sejak enam bulan lalu oleh sebuah syarikat agensi pembantu rumah yang
beroperasi di Bandar Baru Klang, di sini.
Mereka yang berusia 18 hingga 25 tahun itu diperdaya menjadi
pembantu rumah secara bulanan dan harian, namun tidak menerima gaji
selepas berkhidmat sejak enam bulan lalu dengan alasan mereka perlu
menyerahkan gaji selama tujuh bulan sebagai bayaran untuk bekerja di
Malaysia.
Mereka yang terdiri daripada 95 warga Indonesia dan masing-masing enam dan empat warga Filipina itu, diselamatkan dalam Ops Khas 6P Jabatan Imigresen Selangor, kelmarin.
Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad berkata, serbuan
jam 7.45 pagi itu mendapati semua wanita terbabit dikurung di tingkat
tiga dan empat premis syarikat agensi pembantu rumah berkenaan.
Beliau berkata, wanita terbabit turut mendakwa dikasari selain makanan dicatu agensi berkenaan dan ada antara mereka yang dipaksa makan kertas surat khabar setiap kali cuba melawan atau menuntut hak mereka.
“Setiap pagi, agensi ini akan menghantar mangsa dengan van ke rumah dan pejabat di Klang untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang cuci dengan pendapatan RM700 sebulan.
No comments:
Post a Comment