SHAH ALAM – Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah
Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur
cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi tadi.
Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah
Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi
seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah
pada permukaan kamera.
Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu
melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di
laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.Laporan Bernamasemalam
menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik.
Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian
kamera disembur dengan cat merah.Situasi yang sama dilaporkan di
Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika
dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan
itu pada jam 2 petang tadi.Imran berkata, kes akan disiasat mengikut
Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.Menurut beliau,
pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera
tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi
tadi.
AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa
ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera
melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.“Pihak polis
belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat,”
katanya.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie
Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes
orang awam terhadap pelaksanaan AES."Ini memang satu tunjuk perasaan
oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap
tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan
perbuatan tersebut.
"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri. ~sinar

No comments:
Post a Comment