(Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Keengganan pihak berkuasa membuat siasatan
terhadap pendedahan mengenai pengaliran wang haram berjumlah RM200
bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di
dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah.
“Kita tanya kepada Bank Negara. Tanya Datuk Seri Najib Razak. Apa dia
jawab?” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal
kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu membisu dalam isu
pendedahan itu.
“Anda
tahu kenapa? Kerana mesti ada (pemimpin Umno BN) terlibat, jadi tidak
berani buat siasatan. Anda mahu (ia) disiasat? Kalahkan Umno BN pada
PRU 13, kita akan siasat,” katanya pada ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Taman Entrepreneur Kuchai di sini yang dihadiri lebih 2,000 penduduk
setempat, semalam.
Mengikut laporan terbaru badan pemantau antarabangsa, Global
Financial Integrity (GFI), Malaysia di tangga kedua selepas China
paling banyak aliran keluar wang haram iaitu RM200 bilion.
Dalam ucapan sama, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali
tidak akan membenarkan mana-mana pimpinan dari merompak wang rakyat
apabila mentadbir negara kelak.
“Pegang kata-kata saya. Satu perkara saya janji. Saya dan kawan-kawan
dalam KEADILAN, PAS dan DAP tidak akan izinkan mana-mana pemimpin
rompak dan curi duit rakyat.
“Kalau kata saya pun macam ahli politik lain, saya kata, minta maaf.
Saya tahu apa itu derita, penjara. Saya tahu macam mana orang malukan
saya tiap-tiap malam. Sekarang saya hanya ingin buat apa yang betul
untuk rakyat dan negara,” katanya.
Turut berucap ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua
Publisiti DAP, Tony Pua dan Ahli Jawantankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat,
Dr Rosni Adam.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

No comments:
Post a Comment