Harakahdaily
M Faqih, | 26 Dis 2012 |
KOTA BHARU: Anak-anak muda Kelantan mendesak
Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan Datuk Dr Awang
Adek Hussin perlu disiasat dan diaudit segera kerana dibimbangi berlaku
penyelewengan.
Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan
Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali mendakwa wujud
percanggahan kenyataan berkaitan jumlah wang ihsan yang diagihkan.
Ini kerana katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyebut
RM49.1 juta, manakala Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed
(RM61.4 juta) dan Dr Awang Adek (RM24 juta setahun).
“Jelas kenyataan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza mengenai wang ihsan yang diagih kepada Kelantan.
“Selain itu wang ihsan juga diagih kepada pemimpin Umno di mana difahamkan setiap bahagian diberi RM2 juta.
“Sedangkan sekiranya kita merujuk kepada kelulusan asal wang ihsan
hanya boleh digunakan untuk pembangunan fizikal,” katanya di sini.
Menurutnya perbuatan menggunakan wang ihsan bagi tujuan politik Umno
amat menyalahi peraturan dan pihak berkuasa perlu menyiasat segera.
Beliau juga berkata, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan
bangunqn Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan pada 3 Januari
ini bagi menuntut penjelasan daripada agensi itu berkaitan wang ihsan.
Selain itu demonstrasi serupa akan diadakan di Masjid Bandar Bachok pada 28 Disember ini selepas solat Jumaat.
Hisyamuddin juga berkata, tahun 2013 akan diisytiharkan sebagai Tahun
Tuntut Royalti, di mana ia akan dilancarkan pada sambutan tahun baru 31
Disember ini di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV.
No comments:
Post a Comment