kerengga

Soalan
lisan saya di Persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung
dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan
minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya di jawab oleh Menteri
Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Jawapan
yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa
berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai
penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.
Beliau menyatakan bahawa;
"Kita
(Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat
carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja
carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali)
mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...
Dengan
penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan
royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran
pengeluaran."
Berpandukan
jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307
Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan
Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.
Medan
minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai
Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang,
pada kedalaman air 76 meter.
Ahmad
Said juga turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat
kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini
belum lagi menerima jawapan.
Namun
pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi
undang-undang dan kedaulatan sesebauh negeri yang bernaung di bawah
sistem Persekutuan.
Yang
paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib
Tun Razak yang terlebih dahulu mengistiharkan pada 30 Oktober lalu
bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di
medan minyak Bertam tersebut.
Perdana
Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti
sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran,
apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.
Pengumuman
‘anugerah royalti minyak’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini
telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.
Ia jelas
menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang
teguh kepada semangat Federalisma dan keluhuran perlembagaan negara.
Begitu
juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petrolium yang ditandatangani pada
tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan
bersama Petronas.
Perjanjajian
ini jelas menjamin hak royalti sebanyak 5 peratus kepada negeri-negeri
yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri
masing-masing.
Persoalan
besar adalah, apakah perjanjian asal diantara kerajaan-kerajaan negeri
dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak
diterima-pakai lagi?
Dan
apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini
boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa
mutlak Perdana Menteri?
Isu
royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas
berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun
1999.
Pada 5
September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr.
Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk
menarik balik royalti minyak Terengganu.
Beliau
menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu
selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU
semata-mata’.
Jadi
dimanakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah
negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan,
Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud?
ni
ditambah lagi dengan tindakan ‘mengehsankan’ royalti minyak Terengganu
di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu
yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.
Bagi
saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperolehi itu
berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai
negeri.
Kenapa
ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana
dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh
tahun.
Lebih
parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus
penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Amat
wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku
Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.
Beliau
berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang
diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum
kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.
Beliau
dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk
Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan
kepada perjanjian asal pada tahun 1975.
Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.
Setiap
rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti,
semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini.
Semua
rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam
mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.
* Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS dan Adun Batu Burok, Terengganu.
Email: syedazmans@yahoo.co.uk Twitter: @syedazman
No comments:
Post a Comment