Nizar yakin PR Perak bebas calon sabotaj
16 Disember 2012
IPOH – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin melahirkan keyakinan isu sabotaj tidak akan pernah berlaku
dalam kalangan calon Pakatan Rakyat (PR) Perak.
Beliau berkata, selama pembentukan PR di negeri itu, amalan sabotaj parti tidak pernah timbul atau dibincangkan dalam kalangan pemimpin tertinggi negeri.
“Umno lainlah, mereka ada menyebutnya kerana mungkin mereka merasakan unsur itu wujud dalam kalangan ahli sendiri.
“Kita di PR tidak perlu buang masa untuk memikirkan soal sabotaj ini kerana elemen seumpama itu tidak ada dalam budaya politik PR,” katanya.
Mengulas lanjut, Nizar berkata, budaya percaya terhadap keputusan pimpinan Pusat menjadi garis panduan penting kepada PR agar tidak sesekali terjerumus dalam kancah budaya sabotaj.
Katanya, sehingga kini semua senarai nama calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum akan datang sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan.
“Apa yang sahaja yang ditetapkan, kita akan akur, jadi daripada senarai yang kita berikan itu kita tahu, sabotaj tidak akan berlaku,” katanya.

No comments:
Post a Comment