Harakahdaily
26 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR:
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan PAS berpendirian bahawa Bible
Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya
Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.
Ketua Penerangan PAS Pusat itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan.
Kenyataaan penuh seperti di bawah.
PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan
istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud
sebenar daripada teks asal.
Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal
bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah,
kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan
menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan
mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di
kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam
Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta
mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah
mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut
Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus
yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat
atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya
seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk,
seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan
sebagaimana makhluk.
Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam
terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan
masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk
kepada God sama ada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan
yang sering digunakan ialah ‘Lord’.
Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.
Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.
Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah
Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya
dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan
ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita
dan situasi negara masa kini.
No comments:
Post a Comment