Kerajaan negeri PR cermin rakyat buat perubahan
| Harakahdaily, | 14 Dis 2012 |
Timbalan Pesuruhjayanya, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar)
berkata, ini kerana dengan pelbagai sumbangan dan kebajikan yang
disalurkan mampu membina keyakinan rakyat dalam menilai ketulusan dan
keikhlasan pemimpin PR dan tidak mustahil ianya dapat disemai dan
disebarkan ke seluruh penduduk negara ini.
Dalam pada itu, katanya PAS WP mengucapkan tahniah kepada kerajan
Pakatan Rakyat Selangor kerana telah memberi bantuan Hadiah Pengajian
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada 31,931 anak negeri itu sejak
mengambil alih negeri tersebut tahun 2008.
Tambahnya, sejumlah RM 31.7 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan
Selangor bagi membantu anak negeri itu melanjutkan pelajaran ke IPT awam
atau swasta.
Beliau berkata, hadiah RM1,000 kepada setiap anak negeri Selangor
dari keluarga yang berpendapatan RM1,500 ke bawah yang melanjutkan
pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta adalah hadiah
istimewa yang layak diraih oleh rakyat di negeri itu.
“PAS WP merasakan rakyat di negeri Selangor amat bertuah kerana
mendapat manfaat daripada keprihatinan pemimpin kerajaan tersebut tanpa
mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan agama.
“Beruntunglah rakyat yang kerajaan negerinya betul-betul memikirkan
masalah mereka dan mengambil berat serta prihatin dengan kebajikan
rakyat,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Bagi penduduk di WP pula, ujarnya segala kemudahan yang dinikmati
oleh rakyat Selangor wajar dicemburui kerana mereka tidak mendapat
kemudahan yang serupa.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor dan kerajaan
PR yang lain menjadi titik tolak untuk rakyat melakukan perubahan
khususnya di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh PR.
Katanya, rakyat dapat membezakan kerajaan mana yang benar-benar
prihatin terhadap rakyatnya dan kerajaan mana pula yang mengabaikan
rakyatnya.
“Semoga kemudahan dinikmati oleh penduduk Selangor akan menjadi suatu
motivasi pula buat penduduk WP bahkan di seluruh negara supaya mereka
dapat melakukan perubahan secara total dalam pemerintahan negara ini
dalam PRU13.
“Hanya dengan cara ini mereka juga akan turut menerima faedah yang
serupa di bawah pemerintahan yang prihatin, adil, dan berkebajikan,”
katanya lagi.
No comments:
Post a Comment