Friday, December 28, 2012

Dikira Gila, Lelaki Ini Dimasukkan ke Rumah Sakit Jiwa. Kes salah tangkap orang

  Foto: Orange
Foto: Orange
PERTH - Seorang lelaki terpaksa dirawat setelah diberikan ubat-ubatan kejiwaan. Namun pihak rumah sakit jiwa yang merawatnya, ternyata salah menangkap orang yang mereka kira sakit jiwa.

Lelaki itu ditangkap oleh pihak  polis  dan dimasukkan ke Rumah Sakit Graysland, Perth, Australia. Sebelumnya, polis  menerima laporan adanya pesakit dari rumah sakit tersebut yang melarikan diri. Demikian diberitakan News.co.au, Khamis (27/12/2012).

Ketika melihat seorang lelaki yang sepertinya berdiri tanpa arah, langsung saja polis  meringkusnya. Tetapi mereka baru sedar, orang yang ditangkap itu adalah lelaki yang salah. Bahkan mangsa pun diberikan  ubat-ubatan dosis tinggi, yang menyebabkannya harus dirawat secara intensif.

Kesalahan ini juga dilakukan oleh staf rumah sakit, yang salah mengenal pasti lelaki  tersebut sebagai pesakit mereka. Ulah staf yang memberikan ubat-ubatan kejiwaaan, kepada lelaki yang tak berdosa, membuat mereka dalam masalah besar.

Akibat kesalahan ini pejabat Dinas Kesihatan Australia meminta maaf. Mereka juga sedang melakukan penyiasatan atas kes kesalahan tersebut.(faj)okezone.com

No comments:

Post a Comment