8 Disember 2012
KOTA BHARU- Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak
dan Gas ke Kelantan (Royalti) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang
menyifatkan mereka sebagai pertubuhan samseng.
Presidennya, Nazri Deraman berkata, dakwaan tersebut mungkin wujud kerana kepelbagaian golongan dalam NGO itu yang terdiri daripada ulama, belia, remaja, dan veteran dan masing- masing mempunyai pendekatan tersendiri dalam perjuangan mereka.
“Terima kasih kepada yang kata kami samseng. Itu petanda masyarakat sedar kehadiran kami.
“Tetapi ingin saya tegaskan bahawa Royalti bukan seperti didakwa malah ahli R juga dalam kalangan profesional dan setiap gerak kerja berdasarkan nasihat dan pemantauan pengamal undang- undang,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sambil menyifatkan ia dakwaan negatif yang cuba merosakkan reputasi NGO R, Nazri berkata, ketika ini pertubuhan itu antara paling popular di Malaysia apabila mempunyai lebih 500,000 pengikut Fan Club.
“Saya hairan bagaimana kami boleh dilabelkan samseng sedangkan tidak pernah memukul atau mencetuskan pergaduhan walaupun beberapa individu dalam NGO ini dipukul ketika mengadakan perhimpunan aman di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan beberapa bulan lalu,” katanya.
Menurutnya, jika benar dakwaan samseng itu, sudah pasti ramai yang menjadi mangsa kerana bilangan mereka berpuluh kali ganda berbanding lawan ketika itu.
“Jika kami (NGO R) samseng, tidak ada yang berani ugut untuk bunuh ahli kami, dan jika benar samseng kami pasti mencari dalangnya, tetapi itu tidak berlaku sebaliknya kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa,” katanya.
Nazri berkata, NGO R bukan dalam kalangan samseng sebaliknya diserang cara samseng tetapi sehingga hari ini masih bersabar dan menerima segala-galanya dengan tabah dan profesional.
Dia berkata, apa yang penting kini, kami hanya ingin memperjuangkan hak rakyat dengan cara sendiri yang lebih versatil,” katanya sambil mengingatkan ahlinya berhati-hati berdepan samseng.

No comments:
Post a Comment