(Sidiqin Omar)
BATU PAHAT 3 NOV: Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak rakyat Johor
ke atas tanah mereka yang dirampas sewenang-wenang sebaik negeri ini
ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, kata Datuk Seri Anar Ibrahim.
“Insya-Allah
sebaik tawan Johor, kita sambut dengan kembalikan hak milik. Mandat
diberi untuk pertahan hak rakyat. (Kalau) diambil, pampasan (kena)
betul. Memang sukar tapi kita kena buat.
“Yang diambil tanah orang kampung. Tak boleh ikut suka. Kena hormat
proses. Satu kesilapan oleh pemerintah akan memudaratkan satu generasi,”
katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan 15,000 hadirin di
Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor, di Parit Saleh Ros, Batu
Pahat, malam tadi.
Anwar antara lain merujuk isu bantahan penduduk Batu 5, Kampung Md
Noor, dekat Seri Gading yang membantah kawasan perkampungan mereka
dijadikan pusat pelupusan sampah.
Kampung itu menggemparkan negara berikutan pendedahan Suara Keadilan
apabila majorit penduduknya keluar Umno kerana tertipu dengan janji
wakil rakyat yang mahu kononnya mahu menyelesaikan masalah itu.
Isu
tanah di Johor kritikal sehingga Pakatan pada 5 Mei lalu menuntut
kerajaan negeri menyelesaikan segera tuntutan, permohonan dan pampasan
pengambilan melibatkan puluhan kes.
Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru
Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai
Kiri dan puluhan lagi.
“Dulu, orang Umno Johor kuat sokong saya. Tapi, adakah sokong untuk
curi tanah? Sekarang siapa dapat? Syed Mokhtar yang banyak dapat.
Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang dan lain-lain. Tidak ada orang
lainkah?” kata Anwar.
Beliau
juga kagum dengan kebangkitan rakyat di Johor berikutan sokongan
sedemikian dulunya hanya berlaku di Kedah dan Kelantan yang sinonim
dengan parti pembangkang.
“Kalau di Kedah, di Kelantan, ramai sebegini tak pelik. Tapi puluh ribu hadir di Johor. Johor apa dah jadi ni?
“Sebab apa? Sebab rakyat ada minat (terhadap Pakatan). Mereka
menyatakan kegelisahan, kekecewaan dan harapan. Inilah yang dikatakan
kebangkitan rakyat,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:
Post a Comment