KUALA
LUMPUR 13 Dis: Ketua delegasi KEADILAN ke Hong Kong, Rafizi Ramli yang
juga Pengarah Strategi yakin Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong
(ICAC) akan memanggil saksi ‘rahsia’ yang tampil memberi keterangan dan
maklumat dalaman mengenai penglibatan ahli perniagaan Michael Chia dalam
kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Katanya, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang membuat
akuan bersumpah (SD) menafikan RM40 juta adalah derma politik kepada
Umno, juga akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung perkara
itu.
Menurut Rafizi, semasa pertemuan dengan empat lagi rakan sejawatnya
bersama ICAC pada semalam 13 Disember waktu Hong Kong, bukti-bukti dan
dokumen diserahkan kepada pihak tersebut dalam sesi keterangan yang
memakan masa sejam itu.
Mereka juga mengadakan pertemuan susulan dengan Ahli Majlis
Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan
Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC,
James To.
seterusnya

No comments:
Post a Comment