Umno
nyata telah gagal membela Islam dan orang Melayu. Jenayah Umno terhadap
Islam dan Melayu terlalu banyak seperti gejala murtad, tanah tergadai,
tulisan jawi, bahasa Melayu, ekonomi Melayu, keruntuhan akhlak generasi
muda serta pelbagai lagi.
Umno telah menindas gerakan Islam dan dakwah sejak awal ditubuhkan.
Pelbagai tuduhan nista dan fitnah dilemparkan. Ramai pemimpin Melayu dan
gerakan dakwah ditangkap, didera dan di tahan ISA.
Bulan Dakwah dihentikan. Peruntukan sekolah Agama Rakyat dihapuskan.
Kemuncaknya, pembunuhan pendakwah Ustaz Ibrahim Libya dalam peristiwa
Memali.
Selepas 55 tahun Umno diamanahkan mengurus dan memimpin dengan segala
kuasa ada di tangan, orang Melayu masih mendendangkan lagu ‘Anak Kecil
Bermain Api’ dan mengalirkan air mata mengeluh pilu dan merintih
mengenangkan nasib mereka sendiri.
UMNO sekarang ini, dijangkiti skizoprenia tahap parah – mengalami pelbagai ilusi dan halusinasi yang bukan-bukan.
Petanda jelasnya, para pemimpin mereka selalu dilihat berubah
tingkahlaku tanpa dijangka. Mereka boleh berlaku tenang, suka, marah,
sedih dan ketawa secara tiba-tiba.
Maka itu, budaya politik amuk dan samseng menjadi fenomena biasa
sebagai pilihan. Debat politik intelektual dianggap asing dan bukan
budaya kebanggaan.
Kepimpinan Umno hari ini nyata begitu lemah tidak berupaya lagi.
Justeru, terpaksa bergantung kepada budaya politik rasis dan
keselamatan. Melayu dimomokkan dengan isu perpecahan dan risiko
perubahan kepimpinan dan perpecahan.
Hakikatnya, orang Melayu tetap bersatu. Umno yang sentiasa berpecah
dari dalam berterusan sejak dari awal penubuhannya. Begitu capeknya
Umno, terpaksa memperalatkan sistem pilihanraya tempang sebagai ‘kerusi
roda’ penyelamat.
Pakatan Rakyat telahpun membuktikan Agama Islam dan orang Islam nyata
lebih terjamin dan lebih gemilang. Kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu
dan hak Melayu dan Bumiputra telahpun diterima secara muafakat. Tiada
siapa yang dapat menggugat.
Wadah ini telah berjaya menggembeling para pejuang Melayu dan Islam
yang terbukti komited pada agama, jujur dan ikhlas membela rakyat.
Negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat, nyata berjaya diurus tadbir
secara telus dan memberi kesejahteraan kepada rakyat berbanding dulunya.
Hakikatnya kini, jumlah ahli parlimen Melayu nyata lebih ramai
berbanding sebelumnya.
Dalam dunia demokrasi dan bertamadun ini, seharusnya semua pemimpin
Melayu bersedia menerima kepimpinan Melayu di dalam Pakatan Rakyat
sebagai pengemudi pimpinan bangsa di masa depan.
Pakatan Rakyat terbukti berjaya melahirkan tokoh-tokoh Melayu muda
yang ilmuan, dinamik, intelektual, profesional dan berktrampilan. Paling
utama, mereka terbukti bebas dari gejala rasuah, dan penyelewengan.
Daya fikir mereka melangkaui kerangka perkauman sempit dan kepentingan peribadi.
Mereka inilah bakal menjadi menyelamat seluruh rakyat Malaysia termasuk kedudukan Melayu dan Agama Islam.
Dunia masa depan pasti lebih mencabar berbanding sekarang. Kita
memerlukan pemimpin muda yang berkeupayaan besar, demi menangani segala
cabaran globalisasi segala bidang iaitu agama, politik, budaya, ekonomi
dan pendidikan.
Di era demikian, Islam dan Melayu pasti akan bangkit sebagai umat
yang gemilang – nasional dan internasional. Untuk tujuan ini, hanya
Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya. InsyaAllah.
Ketua Penerangan KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment