Thursday, December 20, 2012

Isteri curang, suami tinggal di atas pokok

 New Delhi, -  Seorang suami di India memutuskan untuk tinggal di atas pokok , kerana dia terlihat isterinya  bersama seorang lelaki di tempat tidur mereka.

Lelaki itu, Sanjay   telah tinggal di atas pokok selama sembilan bulan terakhir. Dia sangat terkejut ketika mendapati isterinya berduaan di atas katil dengan lelaki yang merupakan jiran mereka. Pemandangan menyakitkan itu dilihat Sanjay ketika dia pulang ke rumah setelah selesai bekerja pada Mac lalu.

Usai kejadian itu, isterinya, Tara meninggalkan Sanjay dan pulang ke rumah orangtuanya. Tak lama kemudian, lelaki berumur 25 tahun itu memanjat pokok jambu di desa tempat keluarganya tinggal.

Sejak itu, Sanjay terus berada di atas pohon tersebut. Dia mengatakan dirinya akan turun dari pohon ketika isterinya meminta maaf dan kembali kepadanya.

"Tiap kali kami mencuba menurunkan dia, dia mengancam akan bunuh diri," kata ibu Sanjay seperti dilansir News.com.au, Khamis (20/12/2012).

Keluarga Sanjay tidak berniat melapor kepada polis  guna meminta bantuan mereka menurunkan Sanjay dari atas pokok . "Selama dia selamat di atas sana, kami menerima," tutur saudara perempuan Sanjay.

Keluarga Sanjay setiap hari memberikan makanan untuk dimakan Sanjay di atas pokok. Entah sampai bila lelaki muda itu akan menetap di sana.

  catatan idahsalam

No comments:

Post a Comment