Putrajaya: Adil boleh, kalau kecoh tak boleh
| Harakahdaily, | 18 Dis 2012 |
KANGAR:
“Boleh ke kita ambil Putrajaya,” tanya Timbalan Presiden PAS, Mohamad
Sabu ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri
Perlis di sini, malam tadi.
“Boleh!” jawab para hadirin.
Lantas, Mohamad berkata: “Kalau pilihan raya adil, boleh, kalau kecoh, tak boleh”.
Dengan sebab, katanya diadakan himpunan aman Bersih 1, 2 dan 3 untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
Dalam nada berseloroh, beliau berkata Bersih 4 tidak diadakan kerana
telah ‘dicuri’ oleh Umno yang mengadakan ‘tarian punggung’ di hadapan
rumah Datuk S Ambiga.
Beliau menegaskan walaupun pilihan raya lalu berlangsung dalam
keadaan yang tidak bersih, namun parti pembangkang dapat memenangi lima
buah negeri.
Dengan sebab itu, katanya, terdapat pemimpin Umno BN yang
mempersoalkan Pakatan Rakyat yang mendakwa perjalanan pilihan raya tidak
bersih sedangkan mencapai kejayaan di negeri-negeri berkenaan.
“Mereka kata, pasal apa kamu (Pakatan Rakyat) menang lima negeri, kata (pilihan raya) tak adil.
“Kalau pilihan raya bersih, lama dah kita perintah. Kalau adil, dah
lama kamu jadi pembangkang,” ujarnya pada majlis yang diadakan di
Kompleks PAS Perlis, Kampung Pondok. Turut berucap ialah Setiausaha
Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Jawatankuasa
Tertinggi Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Sehubungan itu, beliau yakin akan berlaku perubahan dalam pilihan
raya umum nanti ekoran sambutan puluhan ribu yang menyertai siri jelajah
Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara.
Beliau selanjutnya mengulangi jemputan kepada semua rakyat Malaysia
ke Himpunan 1 Juta Rakyat yang akan diadakan di ibu negara pada 12
Januari hadapan
No comments:
Post a Comment