KUALA
LUMPUR 12 Dis: Bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin digesa memohon
maaf kepada mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie dan Datuk Seri Anwar
Ibrahim ekoran kenyataan dangkal dan fitnah beliau terhadap kedua-dua
pemimpin ini seperti dilapor akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia.
“KEADILAN mendesak Zainuddin segera memohon maaf secara terbuka
kepada kedua-dua tokoh ini. Kepimpinan Umno juga perlu tegas menzahirkan
rasa kesal di atas keterlaluan dan sikap keji yang digambarkan melalui
kenyataan tersebut,” kata Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dalam
kenyataan hari ini.
Mengecam
keras, Azmin berkata, KEADILAN tidak terkejut dengan kenyataan
Zainuddin kelmarin bertajuk ‘Persamaan B.J. Habibie dengan Anwar
Ibrahim’ kerana ia ditulis oleh orang yang dibesarkan dalam Utusan, akhbar picisan milik Umno yang tidak langsung menjana pemikiran rakyat, tetapi sentiasa menjadi alat untuk menghambur fitnah.
“Adalah tidak salah untuk kita menyatakan Zainudin sedang menghidap
‘Sklerosis Intelek’ yang kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan
Umno lain.
“Malah sikap yang dinyatakannya adalah budaya politik lazim Umno yang
hanya akan menyerang keperibadian individu dan menabur fitnah tanpa
batasan.
“Rencana tersebut amat memalukan lantaran beliau menggambarkan
prasangka keji kepimpinan Umno terhadap Indonesia,” kata Ahli Parlimen
Gombak itu.
selengkapnya
No comments:
Post a Comment