sinarharian
16 Disember 2012
16 Disember 2012
KUALA TERENGGANU - Kedah melangkah ke final Kejohanan Bolasepak Piala
Emas Raja-Raja menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas seri 1-1
dengan Terengganu pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah di sini, malam tadi.
Pada aksi separuh akhir pertama di Alor Setar pada 5 Dis lalu, kedua-dua seri tanpa jaringan.
Bagaimanapun, beraksi di hadapan hampir 6,000 penyokong, Terengganu
bermula dengan begitu bersemangat untuk mendahului 1-0 pada minit ke-16
menerusi jaringan ketua pasukan Mohd Nurul Aliff Zainal Abidin.
Namun, Kedah bangkit semula pada babak kedua dengan mengatur gerakan kemas serta melakukan serangan bertali arus.
Usaha Kedah itu berbaloi apabila Hattapon al/ Bun An menjaringkan gol
penyamaan pada minit ke-85, sekali gus memastikan pasukan itu mara ke
pentas
final tahun ini dengan kelebihan peraturan jaringan di tempat lawan. - Bernama
final tahun ini dengan kelebihan peraturan jaringan di tempat lawan. - Bernama
No comments:
Post a Comment