(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 26 Dis: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mesti letak jawatan kerana membenarkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengadakan ‘latihan mengundi BN’ kepada masyarakat Orang Asal di Tapah, Perak.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin berkata, membiarkan perkara itu bermaksud memberi izin kepada parti politik untuk salah guna dan seleweng jentera kerajaan.
“Pengerusi SPR mesti letak jawatan. Apa yang berlaku bersalahan dengan undang-undang. Membiarkan JAKOA mengadakan ‘latihan mengundi BN’ sangat menjijikkan,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Membenarkan
latihan tersebut diteruskan bermakna memperlekeh hak Orang Asal. Ini
tindakan intimidasi kepada kelompok yang terpinggir,” tegas Maria.
“Pihak yang terlibat seperti sengaja memilih kumpulan masyarakat ini.
Tidak mustahil perkara sebegini boleh terjadi di Sabah dan Sarawak,”
bimbangnya.
Dalam pada itu, kata Maria, Bersih dan 82 NGO yang bernaung di
bawahnya akan membincangkan mengenai tindakan ke atas laporan tersebut.
Sementara itu, berhubung kenyataan Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa
proses pilihan raya di negara ini masih lagi belum lengkap seperti
sesetengah negara yang lebih maju demokrasinya, Maria berkata, ia adalah
kesalahan bekas Pengerusi SPR itu sendiri.
“Sebelum ini dia yang sibuk canang untuk adakan perubahan perlembagaan dan struktur SPR, tapi tiada apa yang berlaku.
“Semasa jadi Pengerusi SPR mengapa tak buat? Mengapa sekarang baru
bercakap? Kita telah hantar 15 tuntutan melalui memorandum pada 2010.
Sampai sekarang tak disentuh.
“Dari lapan tuntutan, hanya satu yang hanya baru untuk ditunaikan
(penggunaan dakwat kekal),” kata Maria menempelak dolak-dalik Abdul
Rashid.
“Apa yang paling penting adalah SPR itu bebas, bukan lagi di bawah
Jabatan Perdana Menteri. SPR patut melapor terus kepada Parlimen dan
anggota Dewan Rakyat.
“SPR juga sepatutnya mempunyai kuasa dan badan penguatkuasaannya
sendiri,” jelas Maria sambil menambah, ‘latihan mengundi BN’ di Perak
tidak berlaku sekiranya SPR mengambil tindakan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment