Selasa, 25 Disember 2012
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan perbicaraan kes saman fitnah
RM100 juta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua
Pemuda Umno Khairy
Jamaluddin Abu Bakar, yang ditetapkan untuk pendengaran Rabu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, digantung.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Clement Allan Skinner membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Khairy untuk menggantung prosiding tersebut sementara
menunggu rayuan berhubung keengganan Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah bertarikh 26 November yang menghalang beliau memfailkan pembelaan dalam saman
berkenaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Clement berkata mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keadaan khusus bagi menggantung perbicaraan itu seperti yang dinyatakan
dalam permohonan Khairy.
Beliau berkata jika Mahkamah Tinggi meneruskan perbicaraan itu tanpa menunggu keputusan rayuan Khairy, ia akan menjejas integriti rayuan dan menjadi sia-sia
jika pemohon berjaya.
Selain itu, katanya, jika perbicaraan tersebut diteruskan dan keputusan
dibuat tanpa memberi peluang kepada Khairy untuk membela diri, prasangka
yang dialami
pemohon tidak boleh dipampas dengan kos.
Bagaimanapun, pada prosiding, Isnin, Mahkamah Rayuan memerintahkan Khairy membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Anwar.
Hakim Clement, yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, menetapkan 3 Jan depan sebagai tarikh pengurusan
kes untuk rayuan Khairy.

No comments:
Post a Comment