15 Disember 2012
Rahim (tiga, kanan) menunjukkan belukar tempat anaknya didakwa ‘disembunyikan’ kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat (kanan).
KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga kebingungan apabila anak lelaki mereka
yang didakwa hilang sejak tiga hari lalu selepas masuk ke kawasan
belukar di belakang rumahnya di Flat Taman Bukit Segar 1, Cheras
akhirnya ditemui di sebuah surau di Melaka.
Mangsa Mohd Shukri Rahim, 15, menghubungi keluarganya menerusi telefon
bimbit kira-kira jam 11 pagi semalam selepas pelbagai ikhtiar dilakukan
untuk menjejaki remaja malang itu.
Remaja itu sebelum ini disedari tiada di rumah pada jam 6.30 pagi, Rabu lalu.
Bapa mangsa Rahim Jamuri, 40, berkata, dia mengesyaki sesuatu yang
tidak baik berlaku kerana anaknya itu sebelum ini tidak pernah langsung
keluar rumah tanpa memberitahunya apatah lagi keluar senyap-senyap pada
awal pagi.
Menurutnya tambah memelikkan apabila seliparnya tidak terusik malah dia
turut mengunci pagar rumah dengan mangga tetapi kuncinya dibawa sekali.
“Dia hanya memakai baju t dan berseluar pendek, puas saya bertanyakan
rakan-rakannya yang tinggal di kawasan ini tetapi masing-masing tidak
tahu di mana anak saya berada,” katanya ketika ditemui di rumahnya
semalam.
Menurutnya, telefon bimbit cuba dihubungi banyak kali namun gagal
menyebabkan dia terpaksa membuat laporan polis selepas usaha
menjejakinya gagal.
“Saya diberitahu oleh beberapa ustaz yang mengatakan anak saya masih
berada berhampiran kawasan rumah iaitu di belukar berhampiran blok A3
menyebabkan pasukan bomba dan Gerakan Am dipanggil untuk membantu
mengesan anak saya,” katanya.
Difahamkan anggota bomba terpaksa menjalankan operasi mencari
menggunakan khidmat anjing pengesan namun gagal menemui sebarang
petunjuk menyebabkan operasi dihentikan pada hari kedua.
“Kami sekeluarga tidak pernah berselisih faham dengan Mohd Shukri dan
apa yang berlaku memang di luar dugaan. Saya sendiri tidak sangka
perkara seperti ini boleh berlaku,” katanya.
Sembahyang hajat tepi belukar
seterusnya
No comments:
Post a Comment