BN sedang menghadapi zaman
getirnya. Lagi hampir pilihanraya sampai, lagi banyak masalah yang timbul.
Dalam ingin memenangi pilihanraya UMNO mempunyai masalah berpuak-puak yang
berusaha untuk memenangi puak yang mereka sokong untuk ke hadapan. Dalam masa yang
sama Najib sedang menghadapi masalah peribadi yang besar hasil dari
pembongkaran oleh mereka yang rapat dengan beliau (Najib) dahulu tentang banyak
perkara. Isu Altantunya dengan akuan sumpah Bala Subramaniam dan
kenyataan-kenyataan Musa Hassan merupakan isu yang mencengkam pemikiran Najib
dan keluarga sekarang ini.
Masalah yang di hadapi Najib ini
tidak pula mendapat sokongan dari dalam UMNO sendiri kerana terlalu ramai dalam
UMNO sendiri mahukan Najib berundur selepas keputusan pilihanraya yang dijangka
buruk diumumkan. Ramai di dalam UMNO mahukan UMNO dan BN hanya memenangi jumlah
kerusi yang kurang dari apa yang di dapati dalam pilihanraya yang lalu. Jika
ini berlaku maka mudahlah bagi ‘Raja Muda’ UMNO mengambilalih jawatan yang di
sandang oleh Najib sekarang ini.
Najib nampaknya kesaorangan
kerana dalam UMNO sendiri terlalu ramai yang berkeyakinan UMNO akan tumpas dan
jika mendapat kemenangan pun UMNO akan hanya mendapat kemenangan tipis. Dalam
kedua-dua situasi ini Najib terpaksa berundur dan melepaskan semua jawatan
dalam parti dan kerajaan. Bagaimana situasi ini boleh berlaku, ia merupakan ulangan
sejarah dalam UMNO kerana perkara seperti ini sememang nya biasa berlaku dalam
parti itu.
Hanya kali ini perpecahan yang
berlaku akan menjahanamkan UMNO buat selama-lamanya kerana kekuatan Pakatan
Rakyat yang menonjol dan jelas mendapat dukungan rakyat berbilang kaum sekarang
ini. Najib sebagaimana yang saya sebutkan selalu, mempunyai musuh yang lebih
ramai di dalam UMNO itu sendiri daripada musuh di luar parti itu.. Najib sedang
berhadapan dengan musuh di hadapan beliau iaitu pihak pembangkang dan musuh
yang lebih merbahaya sekali, iaitu musuh beliau yang berada di dalam UMNO itu
sendiri.
Ramai di dalam UMNO itu sendiri
sudah merasakan yang UMNO itu sudah menjadi parti yang semakin hari semakin
kurang mendapat keyakinan dari
ahli-ahlinya sendiri. Elemen yang akan menjatuhkan UMNO itu bukannya disebabkan
kekuatan pembangkang semata-mata, tetapi yang akan menjadikan UMNO itu
kecundang ialah kerana kekurangan keyakinan di kalangan ahli-ahlinya sendiri.
Persoalan yang mesti kita
bertanya kenapa UMNO itu semakin hari semakin tidak di yakini oleh ahli-ahlinya
sendiri?
Salah satu dari sebabnya ialah
kerana pucuk pimpinannya yang mempunyai terlalu besar masalah yang terpaksa
memikul ‘baggage’ nya yang terlalu berat. Ahli-ahli UMNO yang pada asasnya
tidak mempunyai daya juang yang kuat akan mudah merasa rendah diri apabila
mereka melihat kemaraan Pakatan Rakyat yang semakain kuat dan di sebelah diri
masing-masing melihat masalah peribadi pucuk pimpinan mereka yang terlalu
besar.
Apa yang menjadi masalah lagi
ialah, tidak ramai pimpinan UMNO itu sendiri yang bingkas mempertahankan
Presidennya sendiri kerana di dalam hati mereka yakin yang isu-isu serta
tuduhan terhadap Presidennya itu ada
asasnya dan mereka merasakan mempertahankan Najib itu akan mencederakan
kredibiliti mereka sendiri. Malahan ramai di antara mereka tidak mahu di
‘associate’ kan
dengan Dato Najib dan lebih mempunyai kecenderungan untuk mengaku untuk
berpihak kepada Muhyiddin Yassin.
Di belakang tabir ramai di kalangan
ahli-ahli UMNO sendiri mahukan banyak kerusi di menangi oleh pembangkang kerana
mereka tidak mempunyai keyakinan yang Najib mampu memulihkan imej UMNO sebagai
parti yang mempunyai kredibiliti. Ramai juga di kalangan pemimpin UMNO yang
menangguk di air yang keroh untuk kepentingan peribadi mereka.
Menikam pimpinan dari belakang
ini merupakan kemahiran ramai pimpinan UMNO. Sekarang sejarah berulang sekali
lagi. Datuk Hussein Onn terpaksa mengumumkan tidak mempertahankan jawatan
sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 1981 selepas beliau di tandingi
oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978 dahulu. Sulaiman Palestin telah
menandingi jawatan Presiden UMNO pada tahun 1978 di atas permainan “Raja Muda’
UMNO semasa itu untuk menekan Hussein berundur bagi ‘Raja Muda’ itu mengambil
alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Usaha ‘Raja Muda’ UMNO itu
berjaya dan kejayaannya membaling batu sembunyi tangan itu menempatkan beliau
menjadi Presiden UMNO secara percuma dalam tahun 1981 dan beliau telah mula
memecahkan UMNO dengan melagakan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam
pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan inilah cara pemimpin yang saya
selalu sebutkan namanya di dalam blog ini bermain politik. Secara sistematik
beliau telah menghapuskan semua pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai
‘consequence’ kepada negara dalam tempuh kurang dari sepuluh tahun. Tiada siapa
yang beliau was-was dan cemburui akan selamat di bawah pimpinan orang ini.
Dalam permainan politik intra
UMNO sekarang ini pun, beliau adalah pemain utamanya dan jika di ikutkan
kehendak hatinya beliau mahukan Najib berhenti dan memberikan kuasa kepada
Muhyiddin. Itulah sebabnya saya selalu berkata UMNO tidak perlu berdepan dengan
pembangkang untuk tumpas, tetapi UMNO wajar berperang sesama sendiri terlebih
dahulu sebelum berhadapan dengan pembangkang.
Dalam pada Najib terdesak dengan
permainan ini beliau terpaksa tunduk juga kepada pengaruh orang ini dan beliau
(Najib) telah mengikut telunjuk dan kerenah orang ini sehinggakan banyak
kesempatan di ambil oleh keluaraga orang ini untuk mendapatkan peluang
perniagaan secara monopolistik dalam negara ini.
Selagi orang ini masih bercakap
politik dan bercakap pasal UMNO selagi itulah politik negara kita akan
berkecamuk kerana keadaan berkecamuk inilah yang di kehendaki beliau kerana
situasi berpecah belah UMNO itu akan meletakkan beliau sebagai orang penting
kepada semua pihak.
Mungkin UMNO akan selamat apabila
beliau berhenti bercakap politik yang membingungkan ramai orang itu. Tetapi apa
pun samada beliau masih bercakap politik atau tidak UMNO sudah tidak bermaya
lagi untuk maju dan eloklah begitu. Biarkan pihak lain pula yang mentadbir
kita. Tidak ada salahnya jika kita lakukan secara serius untuk perubahan itu,
kerana demokrasi membenarkannya.
No comments:
Post a Comment