sinarharian
20 Disember 2012
20 Disember 2012
KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum
walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.
Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak
memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup
mempunyai pemikiran yang baik.
"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan
buat (bertanding).
Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang
sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk
bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum
ini pernah menerima rawatan jantung.
Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk
bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya
Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.
"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada
pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.-
Bernama
No comments:
Post a Comment