| Harakahdaily, | 04 Dis 2012 |
(Gambar: Rombongan Nizar bertemu dengan Pak Hashim di kediamannya di Changkat Jering baru-baru ini)TAIPING: Selepas menunggu sekian lama, buruh paksa pembinaan landasan keretapi maut kini menggantungkan harapan mereka untuk mendapat bayaran itu jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum nanti.
Sehubungan itu juga, mereka berterima kasih kepada
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di atas inisiatif beliau menubuhkan
Sekretariat Jejak bagi menuntut wang pampasan yang dinafikan kerajaan.
Namun
Mohamad Nizar ketika ditemui tidak dapat memberikan sebarang jaminan
kerana beliau sendiri tidak tahu dimanakah wang itu berada kini.
Kerajaan
Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno pula sehingga kini senyap seribu
bahasa walaupun ia sudah dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Mohamad
Nizar.
Terkejut
Salah
seorang dari mereka yang masih hidup, Hashim Yaakub, 122, berkata,
beliau terkejut dengan maklumat bahawa kerajaan Jepun telah membayar
pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion sejak lama
dahulu, sedangkan beliau tidak mendapat apa-apa.
Perasaan itu
dizahirkan beliau ketika menerima kunjungan Mohamad Nizar yang juga Ahli
Parlimen Bukit Gantang di kediamannya di Changkat Jering di sini
baru-baru ini.
Beliau yang masih kuat ingatannya menceritakan, beliau menjadi buruh paksa zaman Jepun itu ketika beliau baru berusia 26 tahun.
Menurut Pak Hashim, beliau menjadi buruh paksa selama tiga tahun lapan bulan dan hanya menerima gaji sebanyak 3 bath duit Siam.
Ekoran kehilangannya dan tidak dapat dikesan pada waktu itu, ahli keluarganya telah membuat kenduri tahlil kepada Pak Hashim.
Sebaik
selesai perang dunia kedua, Pak Hashim bagaimanapun selamat pulang ke
kampung halamannya bertemu keluarga, dan kepulangannya disambut dengan
kenduri kesyukuran.
Justeru, dengan perkembangan terbaru ini
beliau meletakkan harapan tinggi kepada Pakatan Rakyat agar membela
nasib mereka yang telah dinafikan hak mendapat pampasan tersebut oleh
kerajaan Barisan Nasional.
Mohamad Nizar dalam pada itu berjanji
akan membangkitkan isu tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri
Perak yang akan bersidang 17 Disember ini.
Malah kata Adun Pasir Panjang itu, satu sidang media bersama bekas buruh dan waris mereka akan diadakan dalam masa terdekat.
Isu
landasan maut ini sebelum ini didedahkan Mohamad Nizar Nizar yang
mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang
telah dibayar oleh kerajaan Jepun itu.
Nizar berkata seramai
72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa
membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang
kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan.
Sekembalinya
mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan
Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma
Tahun 1942-1946.
Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini
mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina
dan 5 peratus bangsa lain.
Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.
Sejak
didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah
memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan
Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.
No comments:
Post a Comment