05 December 2012
Jangan percaya dulu! Seorang kuat di ibu pejabat Umno di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diberitakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno dan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat.
Tokoh berkenaan yang pernah 'menguasai' ibu pejabat Umno kini tidak lagi berkhidmat di situ beberapa tahun lepas.
Menurut empunya cerita sekiranya tokoh berkenaan sudah memuktamadkan
keputusan itu dia akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tidak dipastikan apakah tokoh bergelar Datuk itu sudah menghubungi
penasihat PKR atau belum? Bagaimana pun dari sumber lain oppotiment
untuk tujuan itu sudah diatur seseorang hanya menanti masa senggang
Anwar saja.
"Ini saya bagi tahu kepada saudara saja, yang
lain tunggu dulu," tutur yang menyampaikan maklumat sulit ini lewat
tengah hari ini.
Menurutnya keputusan akan dibuat sebaik saja
tokoh itu menyelesaikan beberapa masalah peribadinya yang kini sudah
diperingkat akhir.
Tokoh berkenaan juga akan turut membawa
beberapa orang kenamaan lain di dalam Umno terutamanya yang rapat dengan
untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.
Penbutur maklumat ini
tidak menyebut panjang lebar kenapa tokoh itu mengubah haluan
perjuangan. Tetapi umum sudah tahu bekas orang kuat itu tidak lagi
disenangi oleh rejim Umno yang memerintah hari ini. Suspen! [wm.kl.6:58
pm 05/12/12]
mso
No comments:
Post a Comment