Saturday, December 22, 2012

Pas Kelantan: SPRM wajar tapis nama calon

sinarharian
21 Disember 2012
Nik Aziz
Nik Aziz
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menapis terlebih dahulu senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Pas Kelantan bersedia untuk menyerahkan senarai nama calon yang terlibat dalam pilihan raya umum akan datang bagi melalui proses tapisan SPRM seperti dicadangkan.
Menurutnya, langkah tersebut adalah baik untuk dilaksanakan supaya calon benar-benar bersih daripada amalan rasuah yang sememangnya boleh mencemarkan nama baik parti mahupun individu itu sendiri.
“Baguslah cadangan ini dan ia perlu dilakukan terhadap tidak kira siapapun calon,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaafar mencadangkan parti politik mengemukakan senarai calon pilihan raya umum terdekat untuk ditapis oleh SPRM terlebih dahulu.

Berdasarkan cadangan itu, Johan berkata langkah tersebut dilaksanakan bagi memastikan calon yang bakal bertanding bersih daripada rasuah selain mengelak tanggapan tidak berasas ke atas individu bertanding mahupun parti.

1 comment:

  1. Semua calon BN mesti ditapis oleh SPRM...tetapi...Najib mesti yang pertama ditapis dahulu... Baca sini;

    http://unofficialversion.wordpress.com/2012/12/22/semua-calon-bn-untuk-pru-13-akan-disaring-oleh-sprm-najib-calon-yang-pertama/

    ReplyDelete