12 Disember 2012
KUANTAN- Seorang pemuda menitis air mata kepiluan sejurus mahkamah
menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun berserta 10 sebatan terhadapnya
selepas disabitkan bersalah atas tuduhan memiliki 5.80 gram heroin dan
2.11 gram monoacetylmorphines, di sini, dua tahun lalu.
Hukuman ke atas tertuduh, B Rakesh Rao, 21, berasal dari Flat Sri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Noradidah Ahmad selepas beliau mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie berhubung pemilikan dadah tersebut di akhir kes pendakwaan, semalam.
Hukuman penjara terhadap tertuduh yang sebelum ini berada dalam tahanan reman bermula dari tarikh dia ditangkap 14 Julai 2010.
Tertuduh diwakili peguam, Mura Raju didakwa memiliki 150 peket lutsinar setiap satu berisi serbuk dan ketulan putih disyaki dadah dengan anggaran berat kasar 182.35 gram.

Tertuduh yang ketika itu berada di Pekan kononnya untuk mencari kerja
ditahan kira-kira jam 1.25 petang di sebuah rumah di Taman Shahbandar,
Peramu, Pekan bersama dadah termasuk beberapa peralatan dipercayai untuk
mengedar bahan larangan itu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh dihadapkan ke mahkamah pada 22 Julai 2010 atas tuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun hasil analisis mendapati serbuk terbabit mengandungi 5.80 gram Heroin dan 2.11 gram Monoacetylmorphines.
Keputusan laporan kimia itu melepaskan tertuduh daripada hukuman gantung, namun berdepan hukuman mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang boleh membawa kepada penjara seumur hidup atau satu tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin dalam hujahnya
menolak rayuan peguam yang memohon satu hukuman lebih ringan atas faktor
usia tertuduh yang masih terlalu muda, selain dadah ditemui itu adalah
untuk kegunaan sendiri.
Svetlana berkata, jumlah dadah agak besar dan tidak mungkin untuk kegunaan sendiri, sebaliknya lebih kepada tujuan mengedar.

No comments:
Post a Comment