Friday, December 7, 2012

Polis perlu lebih awal kawal provokasi - Musa

Harakahdaily

Muhammad Faizal, 07 Dis 2012
SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata pihak polis perlu lebih awal mengawal pihak yang menimbulkan provokasi bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas wacana Sinar Harian di sini semalam.

Ianya sebagai mengulas kejadian serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak kelmarin.

Dalam kejadian itu, beberapa orang penyokong Pakatan Rakyat cedera termasuk ditikan di bahu dengan senjata tajam.

Menurutnya lagi, sepatutnya pihak polis tidak membenarkan dua aktiviti parti diadakan secara bersebelahan kerana boleh mengundang pergaduhan jika masing-masing tidak berpuas hati.

Wacana Sinar Harian semalam membincangkan tajuk 'Politik Samseng di mana maruah kita'.

Turut menjadi panel adalah Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhamed Hanipa Maidin.

Manakala moderatornya adalah Prof Datuk Mohamad Abu yang merupakan Ahli Akedemik dan Penganalisis Politik di Universiti Malaya.

Dalam pada itu, Musa berkata dalam sebuah negara demokrasi, proses peralihan kerajaan tidak memerlukan kepada politik samseng.

Bagaimanapunkatanya, sejak akhir ini suasana politik di negara ini mula diserap politik samseng.

"Saya melihat sejak akhir-akhir ini politik negara sudah mengalami perbezaan ketara.

"Sebagai sebuah negara demokrasi kita memerlukan suasana politik yang sihat bukannya berbentuk samseng," jelasnya.

Musa berkata, politik kebencian yang sebenarnya mewujudkan politik samseng.

"Pemimpin politik perlu kawal tingkah laku penyokong mereka dan apabila ini gagal dilakukan maka akan berlaku keganasan," sambung beliau.

Musa turut mencadangkan agar  perdana menteri yang dilantik selepas pilihan raya nanti mengadakan pertemuan dengan setiap parti politik  bagi membincangkan soal pembangunan negara dan juga kesejahteraan rakyat.

No comments:

Post a Comment