14 Disember 2012
Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
KUALA TERENGGANU - Seorang remaja yang terdesak untuk mendapatkan wang,
sanggup mengambil jalan singkat apabila dia dipercayai mencuri barang
kemas dan wang tunai milik kakaknya sendiri.
Dalam kejadian pada Selasa lalu di Kampung Tok Jiring, kakaknya yang juga seorang suri rumah kerugian kira-kira RM28,400 apabila barang kemas dan wang tunai RM400 dikebas adiknya.
Dalam kejadian pada Selasa lalu di Kampung Tok Jiring, kakaknya yang juga seorang suri rumah kerugian kira-kira RM28,400 apabila barang kemas dan wang tunai RM400 dikebas adiknya.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri
Shamsuddin berkata, suspek yang berusia 17 tahun dan sudah tidak
bersekolah itu bagaimanapun ditahan polis kira-kira jam 11.30 malam
kelmarin di rumah ibu mereka di Kampung Seberang Baruh.
Menurutnya, mangsa yang berusia 33 tahun hanya menyedari kehilangan beg
yang menyimpan barang kemas dan wang tunai itu sebaik keluar bilik air,
kira-kira jam 1 petang.
“Mangsa mengesyaki suspek yang mencuri barangan berkenaan memandangkan seorang lagi adik perempuan mangsa menyatakan ada melihat suspek keluar dari bilik kakaknya itu. Suspek dipercayai melarikan barang berkenaan ketika mangsa sedang mandi.

“Mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Gong
Badak pada keesokan harinya, kira-kira jam 10 malam. Bertindak daripada
laporan itu, polis menahan suspek di kediaman ibunya kira-kira sejam
setengah kemudian.
“Bagaimanapun ketika ditahan, tiada barang kemas ditemui, dipercayai
telah dijual kepada pihak ketiga,” katanya kepada pemberita di sini,
semalam.
Ujian saringan awal urin mendapati suspek positif dadah jenis
Methamphetamine dan kini direman selama empat hari bermula semalam dan
kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam
bangunan.
No comments:
Post a Comment