Thursday, December 13, 2012

Retreat pemimpin KEADILAN rangka strategi terkini hadapi p’raya

KUALA LUMPUR 13 Dis: KEADILAN mengadakan retreat pemimpin tertinggi parti itu bermula hari ini dan esok di Selangor, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, program itu bertujuan merangka strategi terkini parti tersebut menjelang pilihan raya yang bakal diadakan selewat-lewatnya tahun hadapan.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, KEADILAN akan melaksanakan strategi yang diguna pakai oleh parti AK di Turki yang meletakkan anak-anak muda untuk mengetuai jentera strategik dan media baru untuk memantapkan lagi penguasaan mereka di internet.
“Dan dalam engagement saya dengan mereka, saya dapati juga keadaan tersebut boleh kita apply (laksanakan) dalam konteks Malaysia kerana anak muda ini, dia tidak berminat lagi dengan media tradisi ini, bahkan media parti pun dia dah tak berapa minat.

seterusnya

 Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment