Harakahdaily
Khairil Abdul Rahim , | 26 Dis 2012 |
TEMERLOH: PAS
Pahang akan menghantar nota bantahan kepada Ketua Polis Negara (KPN)
berikutan konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda disekat masuk oleh
pengacau-pengacau upahan Umno di Jengka 23 dan Jengka 21 Sabtu lalu.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata serentak dengan itu PAS juga akan mohon menemui Ketua Polis Pahang bagi menyatakan kekesalan di atas kegagalan anggota polis dalam peristiwa berkenaan.
Dalam sidang medianya selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang juga merakamkan kekesalan dengan gangguan agen Umno itu dan kegagalan polis melaksanakan tugas penguatkuasaan.
“Pada hari tersebut jelas agen Umno telah melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan kerana menyekat hak dan kebebasan bersuara iaitu masuk ke Felda Jengka 23 dan berceramah di Jengka 11 yang telah dibenarkan Ketua Polis Daerah Maran.
“Pihak polis yang bertugas di situ pula gagal menguatkuasakan undang-undang iaitu seolah-olah membiarkan budaya samseng terus berlaku dan tugasan polis pula diambil oleh pihak lain.
“Walau bagaimanapun, pihak kita tidak berburuk sangka kerana kemungkinan anggota polis yang hadir itu tidak cukup tenaga sehingga tidak mampu menguatkuasakan undang-undang. Dan isu inilah yang akan kita bawa kepada KPN dan Ketua Polis Pahang,” ujarnya. selengkapnya

No comments:
Post a Comment