Harakahdaily, | 07 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta semua jentera Pakatan Rakyat (PR) di
segenap peringkat agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan tindakan
provokasi dan keganasan pihak musuh dalam menghadapi Pilihan raya Umum
ke-13.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata ternyata apa yang berlaku di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak beberapa hari lepas di mana ada penonton yang cedera ditikam dan dibaling objek menunjukkan ada pihak tertentu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka.
Katanya, DPPM menganggap ada pihak cuba untuk menggagalkan program penerangan seperti ceramah yang dianjurkan oleh PR kerana sifat dengki dan hasad ekoran ceramah anjuran PR kerap mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat.
“Ia juga dibuat dengan harapan supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat mengenai isu-isu semasa.
“Bagi mereka semakin rakyat tidak mengetahui isu semasa dengan betul, semakin menguntungkan mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPM juga merasakan pihak tertentu juga mahu mencetuskan suasana tidak sihat dengan menimbulkan api permusuhan melalui provokasi dan pergaduhan dengan harapan rakyat akan takut untuk hadir dalam program Pakatan Rakyat.
Menurutnya, PR pula akan dituding sebagai pesalah kerana cuba menimbulkan pergaduhan dan suasana tegang.
Justeru, ujarnya DPPM meminta jentera semua pihak, khususnya Jabatan Amal untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.
“Sebarang tindakan provokasi dan melampau tidak perlu dilayan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya,” ujarnya.
Beliau menegaskan, petugas hanya perlu memberi reaksi untuk mempertahankan diri sekiranya mereka diserang sahaja.
Bagi DPPM, kata beliau lagi sebagai pendakwah, petugas PAS di seluruh negara sudah ditarbiyah menghadapi suasana genting seperti ini.
Katanya, DPPM menganggap semua mehnah tersebut adalah suatu jihad bagi menyampaikan dakwah kepada rakyat tentang Islam.
Riduan berkata, DPPM yakin, usaha dakwah yang murni ini akan menghadapi tentangan yang hebat dari musuh Islam kerana sunnah Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan jalan yang sama.
“Akhirnya, DPPM mendoakan kepada pihak terbabit agar mereka diberikan hidayah untuk bertaubat dan kembali ke landasan Islam yang sebenar.
“Mudah-mudahan mereka insaf dan sedar bahawa tindakan mereka merupakan suatu dosa terhadap rakyat yang tidak bersalah, dan tindakan mereka sebenarnya menandakan kemenangan Islam sudah semakin hampir, Insya Allah,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment