Friday, December 21, 2012

Setelah dijampi 'Barang kemas bertukar air'

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my 
PETALING JAYA: Seorang tukang cuci warga emas mendakwa ditipu seorang bomoh palsu kononnya mempunyai kebolehan menilik nasib dan membuang sial selepas pelbagai barang kemas serta wang RM1,000 yang dibungkus dalam kain untuk dijampi bertukar dua botol air mineral serta sekotak air.
Mangsa yang berusia 60 tahun bertemu wanita terbabit ketika ke pasar pagi di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, sebelum diajak ke pasar raya di Taman Sri Manja, di sini, pada 8 Disember lalu.

Menurut sumber, mangsa mengikut wanita terbabit ke pasar raya berkenaan menaiki teksi. “Ketika dalam perjalanan, wanita terbabit mendakwa mampu menilik nasib dan memberitahu anak mangsa akan ditimpa bencana dalam masa terdekat sebelum menawarkan bantuan untuk membuang nasib malang itu. Katanya, mangsa yang percaya dengan dakwaan wanita terbabit pulang ke rumah di Taman Sri Sentosa dan mengambil rantai, gelang, cincin dan anting-anting serta wang RM1,000. “Wanita itu mengajak mangsa masuk dalam teksi bagi upacara menjampi barang kemas dan duit yang dibungkus dalam kain serta dimasukkan dalam sebuah beg,” katanya.
Sumber berkata, selesai upacara, wanita terbabit menyerahkan semula bungkusan berisi barang kemas dan wang kepada mangsa serta menetapkan syarat supaya bungkusan itu tidak dibuka selepas 10 hari.

“Namun, selepas tempoh berkenaan berakhir, kelmarin, mangsa membuka bungkusan itu dan mendapati ia mengandungi dua botol air mineral dan sekotak air.

“Mangsa yang menyedari menjadi mangsa penipuan selepas barang kemas dan wang tunainya lesap membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment