Pemimpin
dan anggota Umno perlu menghentikan sikap suka merajuk apabila tidak
terpilih sebagai calon pada pilihan raya kerana ia hanya akan merugikan
parti dan diri sendiri jika Umno dan BN kalah, kata Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata pengalaman Umno dan BN Kedah pada 2008 perlu dijadikan pengajaran apabila kalah pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) akibat ada pemimpin dan anggota Umno yang tidak terpilih, tidak membantu calon pucuk pimpinan.
Katanya semua orang akan cuba menonjolkan diri untuk menjadi 'calon boleh menang' tetapi apabila keputusan mengenai calon dibuat, mereka perlu akur.
"Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk diri saya sendiri. Mana tahu, itu hak perdana menteri. Kadang-kadang kita rasa kita terbaik. Kadang-kadang kita rasa diketepikan, seolah-olah jasa kita tak dikenang. Ini (menjadi calon) adalah soal giliran. Jadi orang parti, jadi pemimpin tak boleh merajuk.
"Kita cakap kita calon boleh menang, tapi kalau orang ramai, pengundi tak cakap, tak juga. Kalau kita tak cakap kita calon boleh menang, tapi orang yang cakap, itu lebih baik. Biar pengundi cakap, bukan kita," katanya kepada Bernama di Alor Setar.
Katanya di Kedah, pakatan PAS, PKR dan DAP yang membentuk kerajaan negeri ketika ini tidak kuat dan kerana itu Umno dan BN perlu menggunakan kesempatan ini untuk menang pada PRU-13 nanti.
" ... dengan keadaan bercelaru dalam kerajaan (negeri), dalam Pakatan Rakyat, kalau pemimpin Umno tak nampak, itu satu kerugian yang cukup besar. Kalau dalam keadaan hari ni tak boleh ambil Kedah, jangan mimpi dalam pilihan raya lain boleh," katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin hari ini kebanyakan pemimpin atau wakil rakyat di Kedah sudah bersedia untuk menghadapi perkara itu.
"Mereka selalu cakap minta diberitahu awal (tidak dipilih jadi calon), jangan pada hari itu (pengumuman calon). Kita akan buat itu. Jangan ada sabotaj. Kalau lekat, Alhamdulillah kalau tak, bukan rezeki. Yang penting parti menang, kerana kita ada maruah diri. Dulu waktu jadi calon kita perlu orang sokong kita, baru kita boleh menang. Kali ini tak jadi calon, sebab giliran orang lain, kita sokong untuk dia menang," katanya.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata berkata Umno dan BN Kedah secara berterusan menjalankan usaha menarik sokongan pengundi muda untuk menunjukkan golongan itu tidak diketepikan termasuk dalam soal menjadi calon pilihan raya.
"Pengundi muda 40 peratus daripada kira-kira satu juta pengundi iaitu kira-kira 400,000 orang di bawah 40 tahun. Kita mesti buat sesuatu yang anak-anak muda boleh nampak kita bersama mereka...kita memerlukan mereka dan kena beritahu, masa depan negara juga memerlukan mereka. Yang lama pula jangan iri hati kerana kita kena berkongsi," katanya.

-Bernama
No comments:
Post a Comment