Tuesday, December 25, 2012

Tawaran 6+3: Pakatan sedia pakej kemakmuran buat rakyat Pahang

(Oleh Amiruddin Ahmad)
KUALA LUMPUR 24 Dis: Pengumuman tawaran Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mewujudkan negeri berkebajikan di Pahang amat dialu-alukan.
Tawaran enam perkara itu bakal mengubah taraf hidup rakyat secara keseluruhan, berbanding sewaktu pemerintahan BN yang mengabaikan aspek sosio-ekonomi rakyat.
Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Bob Manolan berkata, janji Pakatan bukan mustahil untuk dipenuhi berdasarkan hasil bumi Pahang yang banyak, seperti balak, bijih besi dan petroleum.
“Kerajaan BN sebenarnya boleh melaksanakan perkara itu jika ada iltizam meningkatkan taraf hidup rakyat. Tetapi mereka tidak mahu melakukannya.
“Bagi kita, enam janji itu sesuatu yang mampu dilaksanakan apabila kita memerintah kelak.
“Selama ini BN gagal berikan kediaman yang selesa kepada rakyat. Permohonan tanah pula terlalu lama sehingga pemohon meninggal dunia dan waris sukar meneruskannya. Pakatan akan merombak dasar tidak menguntungkan ini,” katanya ketika dihubungi.
Beliau juga yakin melalui sistem tender terbuka, hasil negeri akan bertambah sepertimana di Pulau Pinang dan Selangor.
Warta rizab orang Asal
Pewartaan tanah Rizab Orang Asal pula, menurut Bob, akan memberi lebih pembelaan kepada kaum itu yang teraniaya di bawah pemerintahan BN.
Enam tawaran Pakatan seperti yang diumumkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang pada 9 Disember lalu ialah menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat yang tidak bertanah; menyelesaikan permohonan tanah tertunggak; mewartakan tanah rizab orang Asal; memudahkan urusan pertukaran status tanah dari pertanian kepada kediaman/komersial; menurunkan kadar cukai pintu dan melaksana sistem tender terbuka.
Tiga tawaran Pakatan peringkat pusat pula berkisar kepada pemberian tanah kepada generasi kedua dan ketiga Felda; 20 peratus royalti minyak kepada Pahang dan peruntukan khusus pembangunan prasarana kemudahan asas di kawasan pedalaman.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

No comments:

Post a Comment