December 30, 2012
KUALA
LUMPUR, 30 Dis — Tindakan Dr Chua Soi Lek mengecam blogger pro Umno
sebagai "tidak bermoral" adalah melucukan, kerana tahap akhlak presiden
MCA itu dipersoalkan umum, kata bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee
Keat.
Tee Keat yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, kecaman yang dibuat Soi Lek terhadap blogger pro Umno itu juga amat mengejutkan beliau.
"Saya cukup terkejut membaca kenyataan CSL (Dr Chua Soi Lek)
membidas kumpulan blogger UMNO (yg wawancarakan dia baru-baru ini)
sebagai "tak bermoral" kerana menghebahkan isi kandungan percakapannya
yg tertentu dlm wawancara itu.
"Kenyataan itu telah tersiar dlm akhbar Cina pagi tadi . Saya rasa
sungguh melucukan krn label 'tak bermoral' itu dilontarkan oleh CSL yg
sememangnya tahap akhlak dirinya dipersoalkan umum," kata Tee Keat (gambar) dalam SMS kepada The Malaysian Insider.
Dr Chua malam tadi mengecam tindakan blogger Umno yang dakwanya telah
memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu,
dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.
Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir
blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah
menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya
ingin menghancurkan MCA.
"Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.
"Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA
hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak
patut didedahkan," jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan
blogger Umno tersebut.
"Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang
dibincangkan ... mereka melanggar janji itu," tegasnya kepada pemberita
ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar
Tun Razak di sini.
Soi Lek bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil
sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang
permintaan daripada blogger tersebut selepas ini.
"Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada
membantu MCA ... Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno," katanya
lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.
"Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA," tegasnya.
Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua
dilaporkan berkata Ong menggunakan "faktornya" untuk mendapatkan
sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau.
Menurut Syed Akbar Ali (syedsoutsidethebox.blogspot.com),
blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut
menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan
Parlimen.
"Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang
Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika
berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat
mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming," kata
pemilik blog syedsoutsidethebox.blogspot.com.
Jelas Tee Keat, beliau hanya "mencadangkan" kepada Dr Chua untuk
berjumpa pakar sakit jiwa bagi mencari penawar untuk gejala membidas
tidak tentu arah yang dihidapi pemimpin MCA itu.
"Saya hanya cadang perakukan pakar sakit jiwa kpd CSL agar dpt
mencari penawar bagi gejala yg dia hidapi — jelas terbukti dlm
tutur-kata dia yg membidas tak tentu pasal,( bukan ke rumah sakit jiwa,"
katanya, merujuk kepada kenyataannya sebelum yang meminta Dr Chua
berjumpa pakar sakit jiwa.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment