Jaga2, serangan Umno BN bakal ‘makan tuan’ – Anwar
(Oleh Sidiqin Omar)TRONOH 17 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Umno BN supaya tidak terus sombong menyerang Pakatan Rakyat menerusi media tunggangan mereka, kerana sejarah membuktikan calon pilihan raya parti itu pernah tewas ‘dimakan’ propaganda sendiri.
“Pilihan raya tahun 1969, tiap-tiap hari Utusan mainkan berita 300 ahli PAS keluar parti. Sebulan (mereka) kempen. Bila kita kira (tempoh sebulan itu), belas ribu ahli PAS yang keluar parti.
“Bila
kira macam itu, (mestilah) PAS sudah hilang deposit. Tapi masa (pilihan
raya), Pengerusi Utusan (Datuk Hussien Mohd Nordin) kalah bila lawan
Hashim Gera (Parlimen Parit),” kata Anwar di hadapan 20,000 rakyat pada
Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Perak malam tadi.
Tegas Ketua Umum KEADILAN itu, berita yang dilapor Utusan Malaysia dan TV3 bahawa BN akan menang dua pertiga majoriti di Parlimen hanyalah keyakinan palsu untuk mententeramkan pemimpin mereka.
“Mereka ‘terajang’ kita tiap malam. Empat hari empat malam sebut nama
Anwar pada Perhimpunan Agung Umno…Dah jadi ‘Perhimpunan Agung Anwar’.
“Rakyat dah mangli. Ini bukan tahun 50′an. Rakyat tidak ada TV. Hanya
ada RTM. Tapi sekarang boleh tengok ‘live’ (langsung) ceramah ini dari
seluruh dunia. Malam ini puluh ribu rakyat datang atas kesedaran dan
mahu bangkit tuntut perubahan,” katanya.
Beliau juga hairan apabila media Umno BN sibuk memainkan isu bakal
Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Umno hanya mimpi sahaja…Mereka tak tahu muafakat dalam Pakatan Rakyat cukup mantap,” jelas Ketua Pembangkang.
Turut hadir pada himpunan tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang; Timbalannya Mohamad Sabu dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan,
Tan Seng Giaw.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
No comments:
Post a Comment