
Sekumpulan
veteran angkatan tentera hari ini menggesa rakan-rakan mereka dalam
lembaga pengarah Boustead Holdings Berhad untuk menghalang urusniaga
tanah kontroversi melibatkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan
pemimpin Wanita Umno Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.
"Adakah jeneral dalam lembaga pengarah hanya pak turut, yang hanya menganggukkan kepala?," soal brigadier jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia Abdul Hadi Abdul Khatab.
Abdul
Hadi (kanan) yang merupakan ketua jawatankuasa keselamatan PKR berkata
demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling
Jaya hari ini.
Katanya, urusniaga tanah itu menyaksikan RM30 juta dibayar kepada syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan sebanyak RM160 juta lagi dibayar kepada syarikat Raja Ropiaah, Awan Mega untuk tanah yang menjejaskan anggota tentera dan veteran yang mencarum kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
LTAT menguasai dan melabur dengan banyak dalam Boustead, katanya.
"Mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk bersuara sekiranya urusniaga itu menjejaskan anggota tentera yang menyumbang kepada LTAT," kata Abdul Hadi.
"Adakah jeneral dalam lembaga pengarah hanya pak turut, yang hanya menganggukkan kepala?," soal brigadier jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia Abdul Hadi Abdul Khatab.
Abdul
Hadi (kanan) yang merupakan ketua jawatankuasa keselamatan PKR berkata
demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling
Jaya hari ini.Katanya, urusniaga tanah itu menyaksikan RM30 juta dibayar kepada syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan sebanyak RM160 juta lagi dibayar kepada syarikat Raja Ropiaah, Awan Mega untuk tanah yang menjejaskan anggota tentera dan veteran yang mencarum kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
LTAT menguasai dan melabur dengan banyak dalam Boustead, katanya.
"Mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk bersuara sekiranya urusniaga itu menjejaskan anggota tentera yang menyumbang kepada LTAT," kata Abdul Hadi.
No comments:
Post a Comment