Harakahdaily
| Hazayani Zakaria dan Nurislah, | 15 Dis 2012 |

(Anwar berucap di pentas HKR Terengganu malam tadi)
DUNGUN: Kehadiran puluhan ribu rakyat ke setiap
Himpunan Kebangkitan Rakyat membuktikan mereka tidak terpengaruh dengan
Umno BN yang saban hari mengencam Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat sendiri sudah sedar dan mahu melakukan perubahan.
"Umno cuba laga-lagakan PKR, PAS dan DAP dan wujudkan suasana seolah-olah survival Melayu hanya bergantung pada umno.
"Sebab itu Terengganu dulu empat tahun hilang Melayu, di Selangor tak ada Melayu, di Pulau Pinang tinggal mamak dua tiga orang.
"Tonton televisyen, empat hari empat malam cerita betapa pentingnya Umno dan pimpinan Pakatan dikecam.
"Tapi bila hadir himpunan, puluhan ribu rakyat bangkit. Maknanya rakyat tak bodoh, mereka nak dengar sendiri apa Pakatan kata," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi.
Tegas
beliau, ulama besar dunia, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi turut menyokong
kebangkitan rakyat yang tertindas akibat ketidakadilan pemerintah.
"Dalam buku Kebangkitan Rakyat Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Abim ada dijelaskan soal kebangkitan rakyat.
"Ustaz umno terus gunakan televisyen untuk jelaskan Qaradhawi bercakap untuk rakyat Mesir sahaja. Ustaz ini tak baca buku itu.
"Qaradhawi bagi buku itu dengan amanah suruh rakyat baca dan dia tak kata buku itu untuk rakyat Mesir sahaja," katanya.
Turut berucap malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Bagi beliau, fenomena kebangkitan rakyat Terengganu memberikan kekuatan tambahan utk memastikan Putrajaya menjadi kuasa baru selepasa PRU13 nantgi.
Rakyat kini ingin mengatakan cukuplah kezaliman dan kerakusan Umno dan BN selama ini.
Katanya,
Umno kini memainkan sentimen perkauman dan terus menakutkan orang
Melayu jika Umno tiada kuasa politik musnahlah ketuanan Melayu.
Beliau merujuk PAU lepas 4 hari 4 malam UMNO menyerang beliau, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi dan semua pimpinan Pakatan.
"Lagi Umno hina dan fitnah..lagi ramai rakyat hadir dalam program HKR," tegas Anwar disambut dengan teriakan takbir oleh para hadirin.
Kini, kata Anwar, kebangkitan rakyat menengelamkan segala usaha jahat Umno dan BN.
Anwar menyanyilah lagu yang selalu dinyanyikan para pemimpin dan pengikut Umno dengan berkata: "Air Mata Darah Bercampur Keringat Bumi Dipijak Milik Kroni"
"Siapakah khianat hak orang Melayu, tanah rizab Melayu hak bumiputera...adakah PAS, DAP dan PKR?" soal Anwar dan dijawab Umno oleh para hadirin.
Baginya, Umno cuba meletakkan kesalahan tersebut terhadap Pakatan Rakyat tetapi kebangkitan rakyat ini menyebabkan segala helah dan tipu daya Umno tak diterima rakyat.
"Pemimpin Umno marah dengan Anwar kerana naik lift pergi tingkat 16, tapi Najib naik tangga sebab Rosmah suruh...jadi rakyat perlu terima yang naik tangga sampai tingkat 16...modal politik Umno yang makin kuno," katanya menyindir pemimpin Umno itu.
Oleh itu, beliau mengajak rakyat terengganu memastikan Datuk Seri Ahmad Said dan Najib dihukum kerana mereka berdua yang mengkhianati rakyat dalam soal royalti dan salah urus wang ehsan.
"Malam ini bukti kebangkitan rakyat Terengganu akan memastikan PRU13 ini, kerajaan Umno tumbang, Terengganu dan Putrajaya akan ditadbir Pakatan," katanya tegas.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat sendiri sudah sedar dan mahu melakukan perubahan.
"Umno cuba laga-lagakan PKR, PAS dan DAP dan wujudkan suasana seolah-olah survival Melayu hanya bergantung pada umno.
"Sebab itu Terengganu dulu empat tahun hilang Melayu, di Selangor tak ada Melayu, di Pulau Pinang tinggal mamak dua tiga orang.
"Tonton televisyen, empat hari empat malam cerita betapa pentingnya Umno dan pimpinan Pakatan dikecam.
"Tapi bila hadir himpunan, puluhan ribu rakyat bangkit. Maknanya rakyat tak bodoh, mereka nak dengar sendiri apa Pakatan kata," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi.
Tegas
beliau, ulama besar dunia, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi turut menyokong
kebangkitan rakyat yang tertindas akibat ketidakadilan pemerintah."Dalam buku Kebangkitan Rakyat Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Abim ada dijelaskan soal kebangkitan rakyat.
"Ustaz umno terus gunakan televisyen untuk jelaskan Qaradhawi bercakap untuk rakyat Mesir sahaja. Ustaz ini tak baca buku itu.
"Qaradhawi bagi buku itu dengan amanah suruh rakyat baca dan dia tak kata buku itu untuk rakyat Mesir sahaja," katanya.
Turut berucap malam tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Bagi beliau, fenomena kebangkitan rakyat Terengganu memberikan kekuatan tambahan utk memastikan Putrajaya menjadi kuasa baru selepasa PRU13 nantgi.
Rakyat kini ingin mengatakan cukuplah kezaliman dan kerakusan Umno dan BN selama ini.
Katanya,
Umno kini memainkan sentimen perkauman dan terus menakutkan orang
Melayu jika Umno tiada kuasa politik musnahlah ketuanan Melayu.Beliau merujuk PAU lepas 4 hari 4 malam UMNO menyerang beliau, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi dan semua pimpinan Pakatan.
"Lagi Umno hina dan fitnah..lagi ramai rakyat hadir dalam program HKR," tegas Anwar disambut dengan teriakan takbir oleh para hadirin.
Kini, kata Anwar, kebangkitan rakyat menengelamkan segala usaha jahat Umno dan BN.
Anwar menyanyilah lagu yang selalu dinyanyikan para pemimpin dan pengikut Umno dengan berkata: "Air Mata Darah Bercampur Keringat Bumi Dipijak Milik Kroni"
"Siapakah khianat hak orang Melayu, tanah rizab Melayu hak bumiputera...adakah PAS, DAP dan PKR?" soal Anwar dan dijawab Umno oleh para hadirin.
Baginya, Umno cuba meletakkan kesalahan tersebut terhadap Pakatan Rakyat tetapi kebangkitan rakyat ini menyebabkan segala helah dan tipu daya Umno tak diterima rakyat.
"Pemimpin Umno marah dengan Anwar kerana naik lift pergi tingkat 16, tapi Najib naik tangga sebab Rosmah suruh...jadi rakyat perlu terima yang naik tangga sampai tingkat 16...modal politik Umno yang makin kuno," katanya menyindir pemimpin Umno itu.
Oleh itu, beliau mengajak rakyat terengganu memastikan Datuk Seri Ahmad Said dan Najib dihukum kerana mereka berdua yang mengkhianati rakyat dalam soal royalti dan salah urus wang ehsan.
"Malam ini bukti kebangkitan rakyat Terengganu akan memastikan PRU13 ini, kerajaan Umno tumbang, Terengganu dan Putrajaya akan ditadbir Pakatan," katanya tegas.
No comments:
Post a Comment