MOHAMAD FADZLIE (kanan) dan Mohd. Khairiell Idzham berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR
– Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek
keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat
mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh
mengaku salah atas tuduhan tersebut.
Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20,
mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya
ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul
1 pagi 25 November lalu. Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia
Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Difahamkan, kawad cam itu dilakukan
sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis. Dia
diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera
televisyen litar tertutup premis itu disiarkan akhbar.
Selain merogol, penganggur itu turut
dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd. Khairiell
Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di
tempat dan waktu yang sama.
Sumber

No comments:
Post a Comment