Saturday, January 5, 2013

23 pemimpin cawangan Umno berdemo bantah pemimpin sendiri

KOTA BAHRU 5 JAN: Seramai 50 ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun depan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin.

Satu memorandum juga diserah kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed melalui setiausaha politiknya pada perhimpunan jam 8 pagi itu.
Mengikut memorandum itu, bantahan berkenaan dibuat kerana Dali mengamal kronisme, pengalaman lemah, rasuah, tidak amanah, selain tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan Umno peringkat cawangan.

Bekas Setiausaha Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zulkifli Mat Hassan dipetik Harakah Daily, berkata bantahan itu berikutan tiada kepercayaan di kalangan ahli terhadap Dali.
“Surat dihantar kepada Presiden dan Timbalan Presiden Umno tetapi tiada sebarang tindakan,” kata Ketua Umno Cawangan Lapang Terbang itu.
Sepanduk seperti Kami Ketua-Ketua Umno Cawangan, mendesak Dali meletakkan jawatan’, SPRM tolong siasat, ‘Rakyat Dihimpit’ dan lain-lain lagi seperti Asal Bukan Dali turut diarak.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

No comments:

Post a Comment