Saturday, January 12, 2013

Akhiri derita 3 tahun,pemain bass kumpulan New Boyz, bebas dari pertuduhan



myMetro  12 Jan 2013

“Apapun selepas ini saya akan dahulukan keluarga dan akan kembali bergiat aktif kembali dalam bidang seni. Kumpulan saya tidak pernah bubar, malah ahli yang lain selalu datang melawat dan memberi kata-kata semangat.
“Kepulangan dan pembebasan saya memang dinantikan kumpulan saya itu. Malah, ketika dalam tahanan di penjara Sungai Buloh, saya sempat menghasilkan 12 lagu,” katanya.

Zack dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, daripada pertuduhan mengedar 1.321 kilogram ganja, di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie, oleh itu Zack dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

No comments:

Post a Comment