Friday, January 25, 2013

Anwar: 'Jawatan PM bukan isu, yang penting rakyat'

DR G MANIMARAN, SITI SALMI DRAHSIN dan NOOR AZURA SAHRIL
sinarharian

25 Januari 2013
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah nama besar dunia politik Malaysia, malah namanya terkenal di seluruh dunia. Dikenali 

Malah karier politiknya cerah apabila dalam tempoh yang singkat, Anwar diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun, pada 1998, segalanya berubah, Anwar dipecat dan kemudian mengetuai barisan pembangkang. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat (PR) yang diketuainya berjaya memecah dominan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat, malah Anwar terus mengorak langkah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ikuti wawancara eksklusif bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan DR G MANIMARAN, SITI SALMI DRAHSIN dan NOOR AZURA SAHRIL dengan jurugambar SAFWAN MANSOR di pejabatnya kelmarin.
SINAR HARIAN: Selepas lima tahun PRU pada 2008, bagaimana perasaan Datuk Seri melihat suasana politik dan perkembangan dilalui Pakatan Rakyat?
ANWAR: Alhamdulillah, kerana tahap kesedaran rakyat itu meningkat walaupun iklim politik masih tidak terbuka dan demokratik, ruang media itu sangat terbatas tetapi wujud kesedaran sehingga membawa kepada kebangkitan rakyat. Itu pada saya sangat meyakinkan.
 
SINAR HARIAN: Pilihan raya semakin hampir, adakah  Datuk Seri berasa gementar untuk hadapi PRU13 kali ini?
ANWAR: Sudah lama kita tunggu jadi dah tiba waktunya, sudah tentu kita bekerja dengan suasana yang lebih tertekan dan juga  dalam beberapa aspek melelahkan. Tetapi PRU ruang berdamping secara langsung dengan rakyat dan memberikan kesempatan untuk mengungkap dasar dan menjelaskannya. Saya rasa itu suatu yang positif.
SINAR HARIAN:  Apakah perkara menggembirakan yang Datuk Seri rasakan sejak lima tahun lalu. Adakah gembira dengan pencapaian PR setakat ini?
ANWAR: Walaupun perjalanannya penuh dengan onak dan getir, peristiwa di Perak, tekanan di negeri-negeri yang diperintah, pendakwaan baru terhadap saya, tetapi saya syukur Alhamdulillah, itu tidak sedikitpun mengalihkan fokus kita yang utama untuk memenuhi agenda.
Tahun ini, kita nampak prestasi dengan negeri-negeri makin mantap, kerjasama dalam Pakatan dengan pelbagai serangan, jauh lebih kukuh dan muafakat dalam isu-isu besar. Saya lihat ini perkembangan yang menggalakkan termasuk tahap dan keupayaan kita menerobos ke rantau dan daerah baru yang dahulunya sukar diterima.

No comments:

Post a Comment