myMetro 25 Jan 2013
Kuala Lumpur: Tidak
tahan wang simpanannya sering dilesapkan suami yang suka berjudi,
seorang wanita terpaksa menyorokkan wang hasil pendapatannya menjual
nasi lemak dengan mengorek lubang dan menanam tin berisi wang di dalam
rumahnya.
Wanita itu yang hanya
mahu dikenali sebagai Mashitah, 42, berkata, hasil kegigihan dan sikap
jimat cermatnya selama dua tahun, dia berjaya menyimpan RM42,000.
Menurutnya, tindakan
menanam wang simpanan dalam tanah ikhtiar terakhirnya bagi memastikan
wang miliknya tidak diambil suami yang ketagih bermain judi mesin kuda.
“Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi.
“Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi.
“Malah, semua barang
kemas saya berjumlah RM12,000 dia gadai dan duit digunakan untuk berjudi
dan selepas itu, saya terpaksa menebus sendiri untuk mendapatkan balik
barang kemas berkenaan,” kata ibu tiga anak berusia enam hingga 15 tahun
itu
No comments:
Post a Comment