kerengga
OHAMMAD FAIRUZ JUMAIN DAN NORSHAHZURA MAT ZUKI
Muka depan Sinar Harian hari ini
SHAH ALAM
– Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar
daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengguguran
itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian
tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara
nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan
dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar,
seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.
Difahamkan,
perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai
calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang
PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut
sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada
SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar
telah gagal saringan.
Berdasarkan
hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan
tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon
mereka.
Maklumat
yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian
tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga,
ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika
dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk
Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara
tersebut.
Beliau
sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan
Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai
calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya,
parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus
menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan
terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan
nanti.
No comments:
Post a Comment